Friday, May 8, 2009

Monday, May 4, 2009

Wednesday, March 11, 2009

Thursday, March 5, 2009

Tudung Bawal Sulam Tangan Berkristal


Sulam tangan kemas ditambah dengan manik2 kristal menjadikan tudung ini kelihatan lebih unik. Bagi penggemar tudung bawal yang suka akan keunikan dan kelainan, jangan lepaskan peluang mendapatkannya.

Tuesday, February 24, 2009

DIAMOND EYE





Hadir dengan casing hitam. Bentuk segiempat selari dan berpusat serta berselang seli dengan manik berbentuk bulat bersaiz lagi kecil dari manik mata kerbau. Terdapat yang kosong dan juga yang sulam. Yang kosong rm43/ helai dan yang sulam simple rm53 tidak termasuk kos pos. Cantik dan menawan susunannya. Apa tunggu lagi tempah lah sekarang.

Sunday, February 15, 2009

Tudung Bawal Sulam Tangan


Tudung bawal sulam tangan baru kini mendapat perhatian walaupun da lama keluar. Bagi penggemar seni sulaman jangan lepaskan peluang mendapatkannya. Harga RM43-RM45 per helai. Beli borong laen harga. Kat bawah ni ada sertakan gambo2 tuk santapan semua. Cantik sgt. Tak percaya ke? Cuba le order pasti tak menyesal.






Thursday, January 29, 2009

Harga Borong 20 Helai

Mata Kerbau - RM18
Mata Gajah - RM23
Mata Kecil - RM20
Mata Lalat - RM24
Air Mata - RM30
KLCC - RM44
Bunga Tanjung - RM35
Nana Tanjung - RM35
Jula Juli - RM40
Piramid - RM58
Viva(segitiga) -RM44
Bella (Biskut Petak) - RM50
Senyum Siti S Besar - RM35
Senyum Siti S kecil - RM43
Mata Kerbau Sulam Simple / Kecil - RM32
Mata Kerbau Sulam Sedang /+manik bunga - RM35
Air Mata Sulam Simple - RM35
Anggur Sulam Simple - RM35
Bunga Tanjung Sulam Simple - RM53
Nana Tanjung Sulam Simple - RM45
Mata Lalat Sulam Simple - RM45
Kerawang Besar - RM25
Kerawang Kecil - RM20
Maya Karin - RM35
Butterfly - RM35

Harga Borong 10 Helai

Mata Kerbau - RM 21
Mata Gajah - RM25
Mata Kecil - RM23
Mata Lalat - RM27
Air Mata - RM33
KLCC - RM48
Bunga Tanjung - RM40
Nana Tanjung - RM40
Jula Juli - RM43
Piramid - RM60
Viva(segitiga) -RM45
Bella (Biskut Petak) - RM52
Senyum Siti S Besar - RM42
Senyum Siti S kecil - RM48
Mata Kerbau Sulam Simple / Kecil - RM35
Mata Kerbau Sulam Sedang /+manik bunga - RM38
Air Mata Sulam Simple - RM40
Anggur Sulam Simple - RM40
Bunga Tanjung Sulam Simple - RM48
Nana Tanjung Sulam Simple - RM48
Mata Lalat Sulam Simple - RM48
Kerawang Besar - RM28
Kerawang Kecil - RM22
Maya Karin - RM38
Butterfly - RM38

Harga Borong 5 Helai

Mata Kerbau - RM 23
Mata Gajah - RM28
Mata Kecil - RM24
Mata Lalat - RM31
Air Mata - RM40
KLCC - RM58
Bunga Tanjung - RM43
Nana Tanjung - RM43
Jula Juli - RM46
Piramid - RM63
Viva(segitiga) -RM48
Bella (Biskut Petak) - RM58
Senyum Siti S Besar - RM48
Senyum Siti S kecil - RM53
Mata Kerbau Sulam Simple / Kecil - RM43
Mata Kerbau Sulam Sedang /+manik bunga - RM46
Air Mata Sulam Simple - RM46
Anggur Sulam Simple - RM46
Bunga Tanjung Sulam Simple - RM53
Nana Tanjung Sulam Simple - RM53
Mata Lalat Sulam Simple - RM53
Kerawang Besar - RM30-RM33
Kerawang Kecil - RM24-RM26
Maya Karin - RM40
Butterfly - RM45

Tuesday, January 27, 2009

Mata lalat dan Senyum siti (S) ada dua saiz??

Mata lalat dulu kecil2. skrg saiz nye agak besar sedikit.

Senyum siti @ s dulu besar skrg saiz nye lebih kecil dan comel.


Jika anda ingin menempah mata lalat dan senyum siti hendaklah menyatakan sama da yang saiz nye kecil ataupun besar

Butterfly


~~Butterfly ~~ cantik ~~ manis ~~ so sweet ~~

Tuesday, December 23, 2008

REVOLUSI TUDUNG MANJALARA

Resolusi kali ini hanya menumpukan kepada Manjalara MATA KERBAU. Supplier bertungkus lumus memerah idea bg menepati citarasa pembeli tudung bawal. Ada saja idea me modified tudung manjalara ini supaya kita tidak jemu dan sentiasa kelihatan up to date. Bermula dengan


MANJALARA CASING HITAM

MANJALARA CASING PUTIH
MANJALARA CASING WARNA

MANJALARA CASING 7 WARNA

AKAAAN DATANG??

MANJALARA CASING STEEL


Percaya atau tidak. Mampu ke tidak menarik perhatian pengemar tudung BAWAL. Kita tunggu ke munculan nya. Tungggguuuu!

Friday, December 19, 2008

TUDUNG MAYA KARIN jadi rebutan kini

Sana sini orang mula duk sibuk tanya sal tudung MAYA KARIN. Cantik sangat pasti ramai dah ternampak kelibat2 tudung MAYA KARIN ni. Biasa lah macam2 nama peniaga bagi. Antaranya TUDUNG FARAH AF, TUDUNG MANIK LIPAN , TUDUNG MANIK LABAH2, TUDUNG QAISARA, TUDUNG MANIK KERETAPI, TUDUNG BONDA. Banyak sgt rasanya tapi tudung sama je. Harga bergantung pada jenis casingnya dan juga jenis bentuk maniknya. Casing steel lebih mahal sedikit berbanding dengan casing warna. Bentuk manik setakat ni di koleksi De'Niza ada 2 jenis. Manik labah2 yang berbentuk petak lebih mahal berbanding dengan manik lipan yang berbentuk bulat2. Kalau ditambah sulam lain pulak kiranya tu.


MAYA KARIN CASING STEEL SILVER



MAYA KARIN CASING WARNA


MAYA KARIN MANIK LIPAN
MAYA KARIN MANIK LABAH2
tetapi
di koleksi deniza harga nya sama
normal price - RM42
year end sale RM38

Beza Manjalara Mata GAJAH dengan Mata KERBAU

Sekali nampak dalam picture seakan tidak ada beza. sama tapi tak serupa. Kalau ikutkan mata GAJAH lebih besar sedikit saiznya berbanding mata KERBAU. lebih berkilau dr mata KERBAU. Penggemar tudung bawal yang mementingkan keterampilan untuk menarik lebih perhatian lebih suka memilih mata GAJAH berbanding mata KERBAU. Cuba try satu, pasti nampak ketara bezanya apabila digayakan.

MATA GAJAH


MATA KERBAU


Friday, December 5, 2008

sampel tudung YEAR END SALE

MANJALARA MATA KERBAU NORMAL PRICE - RM30
YEAR END SALE - RM24

MATA LALAT NORMAL PRICE - RM33
YEAR END SALE - RM25


AIR MATA NORMAL PRICE - RM48
YEAR END SALE - RM40


KLCC NORMAL PRICE - RM60
YEAR END SALE - RM48

Anda boleh menempah mengikut warna kesukaan anda berdasarkan code warna yg kami ada. Pilih je warna apa, kami akan cuba mendapatkan untuk anda.

Thursday, November 20, 2008

Beza Air Mata Ibu dengan Air Mata Duyung ?

AIR MATA IBU

Tudung bawal AIR MATA IBU kini paling hangat di pasaran mengantikan tudung bawal MANJALARA mata kerbau. Ianya menggunakan batu yang bersaiz SS30 dan SS10. Ada juga yang menamakan nya EZORA ataupun AIR MATA NORA DANISH ataupun MATA KERBAU BERJUNTAI. Walau apapun nama nya kami lebih suka memanggilnya BAWAL AIR MATA sebagai singkatan nya. Tudung bawal AIR MATA ini lebih popular berbanding dengan air bawal AIR MATA DUYUNG. Sila lah tempah mengikut warna kesukaan anda berdasarkan code warna yg kami ada. Rugi jika anda tidak memiliki at least satu tuk simpanan koleksi peribadi.

AIR MATA DUYUNG

Tudung BAWAL AIR MATA DUYUNG ini menggunakan batu yang berbentuk seolah2 air mata dan juga batu kecil yang bersaiz SS10. Ada juga yang menamakan AIR MATA KASIH atau AIR MATA PIRAMID. Apa2 pun namanya kami memanggilnya bawal AIR MATA DUYUNG bagi membezakan nya dengan bawal AIR MATA ibu. Juga tidak kurang cantiknya. Tepuk dada tanya selera yang mana lebih menambat hati.

Monday, November 17, 2008

KERONGSANG Pelengkap Gaya Tudung

Kerongsang begitu sinonim berpadanan dengan tudung. Ianya mampu menaikkan seri wajah. Boleh juga dikatakan aksesori wajib bagi wanita muslimah. Mari kita ikuti tips yang selalu kita abaikan dalam pemakaian dan penjagaan kerongsang.

Tips pemakaian kerongsang
1. Warna kerongsang dipilih sedondon dengan warna tudung tetapi haruslah tona lebih menyerlah dan lebih terang.
2. Juga harus juga mengambil kira warna kasut dan beg tangan di mana warna kerongsang tidak digalakkan sama dengan warna kasut dan beg tangan.
3. Pemilihan bentuk kerongsang juga haruslah bersesuaian dengan majlis ataupun tempat yang ingin dihadiri.

Tips penjagaan kerongsang
1. Asingkan mengikut saiz.yang kecil bersama yang kecil dan yang besar bersama dengan yang besar.
2. Haruslah dipin semasa menyimpan
3. Pastikan kerongsang disimpan elok di dalam bekas yang beralaskan span.
4. Elakkan daripada terjatuh kerana mungkin akan merosakkannya.
5. Kerongsang boleh dicuci dengan air biasa sahaja dan kemudian dilap dengan dengan kain yang kering.

6. Guna kan gam yang dikhaskan jika batu nya tertanggal.

7. Gunakan pewarna kuku untuk mengembalikan kilatan dan seri kerongsang yang telah pudar. (cara ini juga digunakan supaya batu kerongsang tidak mudah tertanggal)

Sunday, November 16, 2008

Langkah2 bila anda dapati barangan yg smpi di tangan anda ada defect

Pertama2 skali kami mintak maaf sekiranya berlaku begitu. Kami sedaya upaya tuk memastikan barangan koleksi kami sampi ke tangan anda tiada kekurangan atau defect di mata anda. Sekiranya lah berlaku berikut langkah2 yang perlu dipertimbangkan:

1. Anda boleh memaklum kan kepada kami sesegera yang boleh dalam masa 2 hari setiba barang di pintu rumah anda.

2. Kami akan menggantikan barang yg defect itu dengan yang baru. Pos penghantaran kembali kepada kami akan ditanggung oleh pihak customer. Pos kali kedua akan ditanggung oleh pihak kami (pos register seluruh Malaysia sahaja).

3. Atas budi bicara, kami juga boleh memulangkan balik wang anda dengan syarat sebaiknya tiba barangan kami di sini.

4. Ataupun barangan yang defect itu boleh ditukar dengan barangan yang lain. Kami akan kembalikan semula baki wang anda ataupun anda kena top up sebelum pengeposan barangan kedua dibuat. Urusan tukar barang ini boleh dibuat dengan syarat barang yang defect sudah sampai ke tangan kami.

5. Harap anda berpaus hati. Kami ikhlas memberi Anda puas hati membeli.

6. Saya berharap sangat agar perkara sebegini tidak berlaku. Tetapi kami kekadang manusia biasa dan mungkin kami terlepas pandang. Kami hanya melayan jika berlaku nya defect barangan kami sahaja. Kami tidak akan melayan alasan "tidak berkenan" atau alasan2 yang lain. Kami hanyalah peniaga kecil online yang menjalankan segala urusan di rumah. Diharap dengan tolak ansur ini akan menguntungkan kedua2 belah pihak dan jangan lah ada yang mengambil kesempatan. Harap maklum.

INTRO KOLEKSI DE' NIZA


Pertama sekali, terima kasih kerana mengunjugi laman blog kami. Semoga laman blog kami ini menjadi tempat sebagai inspirasi fesyen muslimah terkini ataupun sekurang-kurangnya dapatlah menambah ilmu sbg panduan dlm pemilihan gaya muslimah anda atau pun juga jenguk lah blog kami sekadar untuk mencuci mata mengisi masa terluang.

Zaman broadband yg serba canggih skrg, semuanya begitu senang segala-galanya ada di hujung jari. Rasanya anda tidak perlu lagi perlu berasak2, berpeluh2, tidak perlu bayar parking, memikirkan kos minyak+tol. Hanya dengan klik2 anda selesa+mudah memiliki barangan lain dr koleksi de'niza untuk koleksi peribadi atau hadiah untuk yang tersayang. Dengan berpegangkan prinsip jualan murah sepanjang tahun + berkualiti + ikhlas, kami berharap agar dapat memenuhi citarasa pengguna di luar sana. Kami amat mengalu-alukan cadangan ataupun komen daripada pengunjung semua supaya kami dapat meningkatkan mutu dan kualiti dari masa ke semasa. Kami juga bermatlamat menjadikan cara ini mempromosikan barangan koleksi PANTAI TIMUR di mata dunia.

Kami memastikan barangan berkualiti sampai ke pintu rumah anda. Kenapa bayar lebih dapatkanlah dengan harga yang murah di sini. Mengapa harga kami tawarkan begitu murah? Kami mendapat tudung bawal ini secara terus daripada supplier yang distribute tudung bawal di sekitar KL. Jadi kami tidak perlu menanggung kos transport yang tinggi. Apa salahnye keuntunggan itu kami kongsi bersama pelanggan kami.
Koleksi De'Niza sebenarnya di bawah kelolaan ENZY ENTERPRISE. Beralamat 111, Jalan Permata 2, Taman Permata, 53300 Kuala Lumpur. Syarikat kami ini berdaftar secara sah di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia. No pendaftaran : 00180281-A.
Kami ikhlas memberi Anda puas hati membeli. Selamat shoppin.

Wednesday, November 5, 2008

Latest Design Manjalara


Gamba kat atas tu latest design manjalara mata kerbau. CANTIK SANGAT! Casing nya 7 warna dalam satu tudung. Ia nya senang nak sesuai kan dengan semua baju. Nampak lagi meriah dan kelihatan lebih ceria meria. Nak order? ada macam2 kaler tetapi yg paling diminati warna putih, hitam dan krim. Apa lagi tunggu order le skrg.